Selamat mengundi diucapkan kepada penduduk-penduduk Bukit Selambau. Sepanjang tinjauan di tempat-tempat mengundi didapati begitu ramai orang terutama kepada penyokong-penyokong parti yang masih berusaha memancing undi di saat-saat akhir.
Persaingan antara BN dan PKR dilihat lebih menguasai pada pilihan raya kecil ini di samping penyokong-penyokong calon bebas. Bukit Selambau seperti suatu pesta yang berwarna-warni dengan bendera-bendera. Para penyokong dilihat sentiasa berprovokasi antara satu sama lain, namun masih terkawal.
Peratusan yang keluar mengundi adalah kira-kira 70% sahaja iaitu agak menutun daripada PIRU12 yang lalu. Didapati juga saluran 4 dan 5 agak berkurangan, "di mana orang muda?". Walau bagaimanapun, keseluruhan PRK berjalan lancar.
Sejurus selepas tamat waktu mengundi iaitu jam 5.00 petang, hujan turun dengan lebat sekali. Namun pasukan keselamatan tetap dilihat mengambil tempat masing-masing di tempat pengiraan undi dan berjaya menjadikan PRK Bukit Selambau berjalan dengan baik, Tahniah kepada pasukan Polis.
Sama-sama kita nantikan keputusannya beberapa jam lagi.
No comments:
Post a Comment