Tahniah kepada PM, DSNajib dan barisan Kabinet yang baru. Barisan kabinet yang baru ini kelihatannya boleh memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memulihkan kredibiliti BN/UMNO yang semakin goyah kebelakangan ini.
Ada yang naik ada yang gugur, ada yang berpuas hati dan ada yang tidak berpuas hati. Namun seperti kata PM, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak/orang. Masa inilah semua pemimpin yang merasakan diri tersisih untuk kembali merenung apakah sumbangan dan tanggungjawab yang telah dilakukan dahulu.
Tiadanya Khairy Jamaluddin dalam kabinet baru adalah satu tindakan wajar dan bijak sesuai dengan kata-kata PM, pemimpin yang mendapat sokongan rakyat akan diutamakan untuk tanggungjawab-tanggungjawab 'mendahulukan rakyat'.
Kebiasaannya, punca-punca kepada sesuatu yang buruk akan dihapuskan. Paling tidak pun akan diasingkan/kuarantin. Jadi barisan kabinet baru bolehlah dianggap sempurna setakat ini.
Harapan juga kepada Mr. Smart/TPM semoga dapat bersama-sama gembling tenaga bersama DSNajib untuk memulihkan keadaan demi kepentingan rakyat dan negara.
No comments:
Post a Comment