Sunday, April 12, 2009

Kabinet Baru. Tiada Khairy Langkah Bijak

Tahniah kepada PM, DSNajib dan barisan Kabinet yang baru. Barisan kabinet yang baru ini kelihatannya boleh memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memulihkan kredibiliti BN/UMNO yang semakin goyah kebelakangan ini.

Ada yang naik ada yang gugur, ada yang berpuas hati dan ada yang tidak berpuas hati. Namun seperti kata PM, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak/orang. Masa inilah semua pemimpin yang merasakan diri tersisih untuk kembali merenung apakah sumbangan dan tanggungjawab yang telah dilakukan dahulu.

Tiadanya Khairy Jamaluddin dalam kabinet baru adalah satu tindakan wajar dan bijak sesuai dengan kata-kata PM, pemimpin yang mendapat sokongan rakyat akan diutamakan untuk tanggungjawab-tanggungjawab 'mendahulukan rakyat'.

Kebiasaannya, punca-punca kepada sesuatu yang buruk akan dihapuskan. Paling tidak pun akan diasingkan/kuarantin. Jadi barisan kabinet baru bolehlah dianggap sempurna setakat ini.

Harapan juga kepada Mr. Smart/TPM semoga dapat bersama-sama gembling tenaga bersama DSNajib untuk memulihkan keadaan demi kepentingan rakyat dan negara.

Terimalah Kekalahan Dengan Penuh Insaf

Kekalahan di dua bukit sememangnya amat dirasakan oleh Kerajaan terutama kekalahan di Bukit Gantang. Walau bagaimanapun, janganlah kekalahan ini melemahkan semangat pihak Kerajaan. Jadikan ia sebagai iktibar untuk melakukan perubahan yang betul-betul meyakinkan rakyat untuk kembali kepada UMNO/BN.

PRK kali ini sangat memperlihatkan tiada kerjasama antara parti komponen BN. MIC apatah lagi MCA langsung tak bergerak. Di tambah pula dengan jentera Pemuda UMNO yang langsung lembap. Semua ini melalui pemerhatian di N.25 Bukit Selambau.

Banyak perkara yang perlu di'basuh' terutama hal-hal dalaman. Kepada pemimpin-pemimpin muda/Pemuda..yang bercita-cita nak jadi pelapis kepimpinan masa depan, sucikan hati ikhlaskanlah perjuangan anda. Jangan hanya memikirkan kepentingan peribadi.

MCA dan MIC, anda langsung tidak membantu dan berperanan. Jadi tidak perlulah beriya-iya mahukan itu dan ini. Di saat kuat kamu datang di saat genting kamu berdiam diri.

Kepada PM, beranikanlah diri untuk melakukan pembersihan yang sewajarnya. Kita hanya ada masa dua ke tiga tahun saja untuk bangkit. Jika tidak, pihak pembangkang yang semakin liar, agresif dan membabi buta akan menghancurkan negara ini.

Tuesday, April 7, 2009

Selamat Mengundi

Selamat mengundi diucapkan kepada penduduk-penduduk Bukit Selambau. Sepanjang tinjauan di tempat-tempat mengundi didapati begitu ramai orang terutama kepada penyokong-penyokong parti yang masih berusaha memancing undi di saat-saat akhir.

Persaingan antara BN dan PKR dilihat lebih menguasai pada pilihan raya kecil ini di samping penyokong-penyokong calon bebas. Bukit Selambau seperti suatu pesta yang berwarna-warni dengan bendera-bendera. Para penyokong dilihat sentiasa berprovokasi antara satu sama lain, namun masih terkawal.
Peratusan yang keluar mengundi adalah kira-kira 70% sahaja iaitu agak menutun daripada PIRU12 yang lalu. Didapati juga saluran 4 dan 5 agak berkurangan, "di mana orang muda?". Walau bagaimanapun, keseluruhan PRK berjalan lancar.

Sejurus selepas tamat waktu mengundi iaitu jam 5.00 petang, hujan turun dengan lebat sekali. Namun pasukan keselamatan tetap dilihat mengambil tempat masing-masing di tempat pengiraan undi dan berjaya menjadikan PRK Bukit Selambau berjalan dengan baik, Tahniah kepada pasukan Polis.

Sama-sama kita nantikan keputusannya beberapa jam lagi.

Sunday, April 5, 2009

NIK AZIZ, KENAPA DENGAN ANDA..DAH NYANYOK KA?

Berikutan ucapan seorang Ahli Parlimen dari DAP yang mempersendakan Al-Quran dalam ucapannya, laporan polis telah dibuat. Ini kerana ia dianggap menghina kesucian kitab Al-Quran, digunakan untuk meraih undi, ayat tersebut tiada dalam Al-Quran manakala dia sendiri tidak beriman (kafir) dengan kitab suci tersebut.
Apabila persoalan ini diajukan kepada MB Kelantan, Nik Aziz kata "tak mengapa, tak salah..sepatutnya dari dulu lagi dia dah bercakap macam tu. Dia nak cakap macam tu dia punya pasal".
Allah huakkbarr..apa sudah jadi ni Nik Aziz. MasyaAllah. Nik Aziz sangat-sangat mengecewakan orang Islam keseluruhannya.

DI MANA MARUAH/MARTABAT ISLAM?

Menjadi satu trend pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang ketika berceramah iaitu menggunakan berbagai bahasa; Melayu, Tiong Hua, Tamil semasa memulakan ucapan. Ia sesuatu yang amat bagus tanda perpaduan.

Tapi yang sedihnya, ada pemimpin pembangkang bukan Islam yang setiap kali di akhir ucapannya mengucapkan "wabilla hitaufik wal hidayah wassala mualaikum warahmatullah hiwabarakatuh". Ada juga yang membaca surah-surah dalam Al-Quran dan sebagainya.

Yang menyedihkan, bila mereka berucap begitu, penyokong-penyokong yang berketayap putih dan Melayu itu seronok sambil menepuk tangan. MasyaAllah.

Aku sendiri berasa sedih dan hati terasa terpukul mendengarnya. Begitu senang agama dipermainkan. Memang buta hati, buta mata dan buta minda la hangpa semua.

BEZA NAJIB, ANWAR, NIZAR

Banyak bezanya.

Anwar dan Nizar pandai serta arif dalam hal agama tapi tak bertindak seperti orang beragama, guna agama untuk raih simpati dan sokongan. Berbagai watak dimainkan; imam dan sebagainya. Doa-doa sentiasa basah di mulut ketika berceramah mengutuk orang.

Berbeza dengan Najib, dia mungkin tidak tinggi/pandai ilmu agama tapi dia tidak menggunakan/mempersendakan agama untuk tujuan kepentingan diri/politik.
Tertarik dengan kepetahan DSAI mengutuk orang, kita lupa dia adalah penggemar 'jalan belakang' yang dilaknat Allah.

ANWAR PENIPU

DSAI penipu! Bukanlah menghairankan kalau dia menipu kerana dia memang penipu besar. Dah ramai orang yang buta hati dan minda asyik kena tipu, kena tipu dan terus tertipu.

Semalam heboh satu Bukit Selambau kononnya DSAI akan menyampaikan sesuatu/berita gempar dan besar. Maka hampir 7000 manusia berkerumun di dewan sekolah yang menjadi tempat perhimpunan besar PKR itu.

Akhirnya, apa yang ada? Takda apa-apa pun yang gempar tapi hampeh. Setakat nak sampaikan berita yang PPP masuk PKR dengan keahlian 6000 ahli kononnya. Apa yang gemparnya. DSAI pun cakap tak boleh beritahu sekarang kerana terlalu berisiko tetapi akan beritahu apabila selesai PRK iaitu selepas menangnya Pakatan Pembangkang di dua bukit dan satu sungai/batang. Pandai betul menipu. Tahniah.

Friday, April 3, 2009

TAHNIAH DATO' SRI NAJIB - DSAI TAKUT NAJIB

Tahniah DSN kerana telah berjaya menjadi PM Malaysia yang ke-6 semoga DSN menjalankan tugas dengan amanah dan jujur. Memanglah, DSN juga dikelilingi berbagai maung dan tidak lepas melakukan kesilapan, tapi itu lumrah dan yang penting berani untuk berubah. Pertama sekali bersih diri dahulu dan selepas itu bersihlah UMNO secara keseluruhannya. DSN harus berani melakukannya.

Percayalah, naiknya DSN sebagai PM, ia amat menakutkan DSAI kerana DSAI sendiri mengakui DSN seorang yang bijak dan pintar. Begitu juga TSMYassin, DSHishamudin dan DZHamidi, mereka semua adalah orang-orang yang menakutkan DSAI. Selamat berjuang dan selamat membuat perubahan.

KASIHAN DATIN SERI WAN AZIZAH

Malam tadi aku tertarik untuk pergi mendengar ceramah anjuran PKR. Tertarik kerana semua penceramah yang melaung-laung di atas pentas adalah YB-YB wanita dari PKR, PAS dan juga DAP yang didatangkan khas dari Pulau Pinang.

Paling menarik ialah adanya Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah memberi ceramah. Ini kali pertama aku melihat beliau berceramah secara langsung. Boleh tahan, kelakar juga (tapi kalau asyik mengata/memburukkan orang dengan nada kelakar memang seronok..teringat tokoh dalam bidang ni tidak lain tidak bukan Abang Mat 'Sabu't - dia memang pakar).

Antara isi kandungan ceramah Datin Seri ialah menyerang kredibiliti PM, Dato' Sri Najib. Katanya dia berasa malu mempunyai bakal PM (sekarang PM) seperti Najib. Kadang-kadang malu untuk mengaku berasal dari Malaysia kerana Malaysia mempunyai pemimpin-pemimpin yang jahat dan kotor..Najiblah tu.

Kesian Datin Seri, sepatutnya Datin Seri berasa lebih malu kerana menjadi isteri kepada seorang lelaki seperti DSAI. Datin Seri ke hulu ke hilir berceramah sedangkan DSAI lah orang paling jijik dan kotor. Datin Seri pun tahu dan sedar yang DSAI penggemar 'jalan belakang', namun apa boleh buat, nak luah mati mak nak telan mati bapak. Kesian Datin Seri.