Diketahui umum UMNO kini dalam keadaan tenat dan parah. Benar kata-kata seorang penceramah PAS yang berbunyi "UMNO umpama sebuah kapal yang hampir tenggelam kerana diketuai oleh seorang nakhoda yang sangat teruk, dan semakin banyak lubang-lubang di badan kapal yang terbentuk". Kenyataan pembangkang ini seharusnya diterima dengan penuh keinsafan dan secara positif.
Lebih teruk lagi apabila keputusan Ketua Pemuda telah dimenangi oleh Khairy Jamaluddin yang boleh disifatkan sebagai 'kepala tahi' dalam UMNO. Seluruh rakyat terutama penyokong UMNO apatah lagi golongan-golongan peringkat akar umbi amat kecewa apabila beliau memenangi jawatan tersebut. Semua orang mengetahui Khairy dan konco-konconya ligat bergelumang dengan tahi-tahi wang. Kepada Dato' Mukhriz, TAHNIAH kerana tewas sebagai seorang lelaki yang bermaruah.
Selepas pengumuman kemenangan Khairy, rakyat hanya berharap jawatan paling panas tidak akan jatuh kepada 'Arkitek Pembangunan Luar Bandar' konon-kononnya. Alhamdulillah kepada Allah kerana memberi kemenangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan nafas lega ditarik dalam-dalam. Harapan orang Melayu dan UMNO kini hanya bergantung harap kepada gandingan Najib + Muhyiddin untuk melakukan 'pembersihan UMNO' secara besar-besaran.
Walaupun Dato' Sri Najib Tun Razak ada 'bau-bau busuknya' namun inilah masa yang sesuai untuk beliau membersihkan diri dan seterusnya UMNO agar mendapat semula kepercayaan serta sokongan rakyat. Mahu tidak mahu Najib MESTI dan MESTI membersihkan UMNO dengan menyingkirkan semua pemimpin yang kotor walau apa cara sekalipun. Najib mesti BERANI untuk menyelamatkan UMNO. Jika tidak menggunakan kesempatan yang ada beberapa tahun ini, percayalah UMNO akan mati pada 2013 nanti.
Dengan gandingan bersama Muhyiddin, semoga team ini akan melakukan tanggungjawab yang sebetulnya demi bangsa dan negara. 'Kepala Tahi' MESTI dihapuskan segera bersama 'lelehan-lelehannya'. Ingatlah seluruh negara berbagai peringkat golongan sudah tidak tahan dengan bau busuk yang ada selama ini. Jika pembersihan dilakukan, seluruh rakyat dan orang Melayu akan menyokong. Fikirlah tentang rakyat.
Selamat maju jaya kepada Najib dan Muhyiddin.

Najib + Muhyiddin - Khairy = Politik Malaysia Selamat.
Semoga kepimpinan baru bersungguh-sungguh membersihkan imej UMNO. Kami semua tidak benci pada UMNO tapi benci pemimpin2 kotor dalam UMNO.
ReplyDelete